1) Bolehkah saya memohon lebih daripada satu pelan?
Tidak, hanya satu sijil untuk seorang peserta dibenarkan.
2) Bagaimana jika saya berubah fikiran setelah saya mengambil dalam pelan ini?
Jika anda berubah fikiran, anda mempunyai 15 hari dari tarikh anda menerima Jadual Sijil Takaful anda untuk membatalkannya dan menerima kembali sumbangan anda.
3) Bagaimana saya akan menerima Jadual Sijil Takaful saya?
Melalui emel yang disediakan semasa pendaftaran.
4) Adakah pelan in terdapat nilai tunai?
Tidak. Pelan ini tidak mempunyai nilai tunai atau nilai kematangan.
5) Bagaimana saya boleh membayar sumbangan untuk pelan ini?
Anda boleh membayar sumbangan anda dengan menggunakan kad kredit atau debit anda.
6) Adakah terdapat tempoh menunggu untuk pelan ini?
Tempoh menunggu untuk pelan ini adalah 30 hari. Kami tidak akan membayar manfaat sekiranya kematian atau HUPK adalah disebabkan oleh sebab semula jadi, dalam masa 30 hari dari tarikh permulaan sijil.
​
Untuk tuntutan atau bantuan lain, sila hubungi talian khas untuk FWD Kasih: 03-2771 7737 atau Kasih.my@fwd.com